Foundation Executive Committee

Message from the Patron

Penubuhan Yayasan Hepar Malaysia dapat membantu usaha menyedarkan orang ramai tentang bahayanya penyakit barah hepar dan mengambil langkah-langkah pencegahan. Barah hepar adalah antara 10 penyakit yang paling banyak dilaporkan berlaku di Malaysia. Malangnya hingga 80 peratus pesakit-pesakit ini datang terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan, kerana mereka tidak sedar yang mereka mengidap penyakit ini. Bagi sesetengahnya gejala-gejala awal dapat dikesan, manakala yang lain tidak mendapat nasihat yang betul atau tidak menghiraukannya.

 

Justeru itu, penubuhan Yayasan ini kena pada masanya di mana para pakar perubatan dan sukarelawan dapat menggembleng tenaga untuk menangani penyakit ini bersama. Yayasan ini akan dapat mendidik pesakit-pesakit dan orang awam tentang penyakit itu di samping membantu penyelidik-penyelidik menjalankan penyelidikan dan memahami mekanisme-mekanisme penyakit barah hepar serta memperkenalkan cara-cara diagnostik dan inovatif dan strategi-strategi rawatan yang berkesan bagi mengubatinya.

 

Saya percaya ahli-ahli Yayasan ini akan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif-objektif mulia ini dan menyeru semua rakyat Malaysia supaya menjayakan Yayasan Hepar Malaysia ini.

Bekas Perdana Menteri Malaysia

YABhg. Tun Dr Mahathir bin Mohamad

PATRON, MALAYSIAN LIVER FOUNDATION

MALAYSIAN LIVER FOUNDATION © 2015 All Rights Reserved